Sunday, 28 June 2015

Ramadan di perantauan

Ramadhan di perantauan bukanlah yang baru untuk saya. Tahun ini merupakan tahun ketujuh saya berpuasa di Adelaide, Australia. Alhamdulillah, saya sempat berpuasa di Kuching baru-baru ini dan meluangkan masa berbuka puasa bersama keluarga, melewati bazaar Ramadhan di Kubah Ria dan juga moreh bersama rakan-rakan selepas solat terawih. Merasa sajian khas ketika Ramadan seperti bubur pedas dan bubur lambuk. Kali terakhir saya berpuasa di Kuching adalah sebelum saya menjejakkan kaki ke Australia; mungkin 7 tahun lepas. 

Masa cepat berlalu.

Puasa di Adelaide? Syukurlah sekarang cuaca nya sejuk dan masa siang nya lebih pendek dari malam. Jadi puasa nya juga sekejap dan kurang terasa. Kebanyakan masa siang diluangkan di hospital dan malam nya pula berehat di rumah ataupun solat terawih berjemaah di surau universiti. Menu berbuka tidak lah semeriah kebanyakan rakyat Malaysia, cukuplah sekadar dua utas kurma dan dua gelas air kosong. Kemudian, disusuli dengan juadah yang lagi "berat".

Saya turut membawa balik beberapa kek lapis, biskut raya dan perencah Laksa Sarawak untuk dijadikan bekalan sempena Hari Raya kelak. Jokes on me. Biskut tat nenas dan popia nestum dah habis. Begitu juga dengan empat kek lapis yang lain. Sigh.


Kadang-kadang rasa sunyi menghambat hati. Dulu ketika rakan taulan masih ramai di Adelaide, kami meluangkan masa berbuka puasa bersama. Mengadakan bazaar Ramadan di lapangan universiti. Gotong royong sambil memasak untuk rumah terbuka. Kenangan yang sangat indah dan menggamit perasaan. Menziarahi rumah rakan-rakan yang kebanyakan masih belajar ketika itu. Juadah rumah terbuka nya ringkas tapi kami semuanya bersyukur dapat melepaskan rindu kepada masakan Malaysia. Kenangan yang tidak mungkin dapat dizahirkan sekiranya saya berada di Malaysia. 


I'm sure it takes a lot to recreate those moments but again,  I'm glad everyone is doing well now. Selamat berpuasa.

Love,
Asyraaf Kadir.